Kata-kata dari graduan Program Diploma RETI

Majlis konvokesyen ranaco ke-13

Apa Cerita Alumni RETI

Siaran Langsung bersama TV Alhijrah

Apa Cerita Alumni RETI (Sharing Session bersama Ain)

Apa Cerita Alumni RETI

Sharing Session: Diploma in Nautical Studies

Sharing Session: Diploma in Logistics & Supply Chain

Sharing Session: Diploma in Occupational Safety & Health

Program Diploma yang ditawarkan di RETI

Diploma in Marine Cargo Surveying

Melahirkan graduan yang berkualiti, berilmu dan kompeten dalam survey and inspection management, perkapalan, logistik dan pengangkutan, dan import eksport. Program ini mengkhususkan kepada pemeriksaan kapal, pengendalian kargo dan kontena serta pengurusan pelabuhan.
Info Lanjut

Diploma in Maritime Management

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang prosedur sebenar pengurusan dalam sektor maritim seperti pengurusan pelabuhan, perkapalan, pengendalian kargo serta perdagangan antarabangsa.
Info Lanjut

Diploma in Nautical Studies

Melahirkan graduan yang berkualiti, berilmu dan kompeten dalam industri maritim terutamanya dalam sektor pengemudian. Program ini mendedahkan kepada pelajar tentang ilmu pelayaran dan pengemudian kapal di mana ia melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang berkaitan untuk peluang pekerjaan lepas pantai dan persisir pantai.
Info Lanjut

Diploma In Logistic & Supply Chain

Melahirkan graduan yang berkualiti, berilmu dan kompeten dalam industri maritim terutamanya dalam bidang logistik dan rantaian bekalan. Program ini mendedahkan pelajar tentang kaedah dan strategi dalam proses logistik dan rantaian bekalan yang lebih efektif dan strategik.
Info Lanjut

Diploma in Occupational Safety & Health

Melahirkan graduan yang berkualiti, berilmu dan kompeten untuk menceburkan diri dalam bidang pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Program ini mendapat perakuan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Info Lanjut

Diploma in Integrated Management System

Melahirkan graduan yang berkualiti, berilmu dan kompeten untuk menceburkan diri dalam pelbagai bidang industri bagi mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001), Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14000), Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan (OHSAS 18000) dan sistem pengurusan sekuriti. Pelajar akan didedahkan kepada perjalanan keseluruhan organisasi berdasarkan kepada sistem.
Info Lanjut

Diploma in Culinary Arts

Melahirkan graduan berkualiti, berilmu, bersahsiah dan kompeten dalam bidang seni kulinari. Program ini merupakan platform terbaik kepada pelajar dari segi kemahiran asas dalam seni kulinari, berpengetahuan berkaitan sistem operasi, kos, penyediaan menu, kebersihan dan keselamatan dalam operasi dapur komersial serta keupayaan untuk melaksanakan dan mengatur pengeluaran makanan.
Info Lanjut

Diploma In Offshore Engineering

Melahirkan graduan yang berkualiti yang berpengetahuan dan berkelayakan dalam bidang marin khususnya dalam struktur luar pantai. Program ini memberikan kefahaman tentang penstrukturan dan rekabentuk pelantar minyak
Info Lanjut

Diploma in Marine Engineering

Program ini memberikan pengetahuan tentang kejuruteraan marin khususnya dalam janatenaga marin dan mengenalpasti permasalahan dalam operasi dan baikpulih.
Info Lanjut
TENTANG

Ranaco Education & Training Institute

Ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai tindak balas kepada keperluan yang semakin meningkat untuk profesional dan kakitangan mahir dalam bidang maritim, keselamatan, luar pesisir, logistik dan hospitaliti di rantau ini. RANACO membuka pintunya kepada semua yang ingin meningkatkan prospek kerjaya mereka melalui konsep pendidikan dan latihan industri kami yang unik. RANACO Marine Sdn. Bhd. menubuhkan Institut Pendidikan & Latihan RANACO, sebuah institut pengajian tinggi di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi (1996). Semua program RETI diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Konsep unik kami dalam menyediakan sijil industri kepada semua graduan kami adalah untuk memastikan mereka bersedia untuk memasuki industri. Ini terbukti apabila lebih daripada 75% graduan kami bekerja di lapangan dalam tempoh 6 bulan selepas selesai. (TracerStudy oleh Kementerian Pengajian Tinggi.)

20 tahun

Beroperasi

Sijil Industri

Percuma

10,000+

Graduan

Alumni of RETI

Sebagai bekas pelajar jurusan Marine Cargo Surveying, saya kini sudah 5 tahun bekerja sebagai process technician di Singapura bersama syarikat Air Liquid Singapore. All the best Ranaco and thanks for all the knowledge that I get from all the lecturers. Mungkin rezeki saya dalam bidang Marine Survey tak panjang tetapi di atas tiket Diploma yang saya dapat dari Ranaco, saya Berjaya bina kerjaya di Ranaco dalam industri Petrochemical & Gas. SAYA BANGGA DENGAN RANACO!!
Amir Naim
Diploma in Marine Cargo Surveying
Ranaco adalah antara institusi yang menyediakan tawaran pengajian yang relevan dengan perkembangan dan permintaan semasa industri. Selain itu, pendedahan pembelajaran yang menyeluruh dari pensyarah yang berkaliber dan berpengalaman sangat membantu untuk menjadi graduan kompeten. Syabas Ranaco!
Uswatun
Degree in Management
Sepanjang saya belajar di Ranaco, pelbagai ilmu dan perkongsian pengalaman kerja dari tenaga pengajar. Silibus dalam setiap pelajaran yang mencukupi, ringkas dan lengkap serta mudah difahami untuk dipelajari. Saya juga banyak mengikuti latihan dan menyertai pasukan ragbi serta pasukan Regimen Askar Wataniah dalam tempoh tersebut.
Ikram
Diploma in Integrated Management System
Ranaco banyak mengajar dari sudut teori dan praktikal bukan sahaja di sesi kuliah malah juga di sesi tidak langsung. Isi kandungan silibus juga sentiasa dikemaskini seiring dengan isu-isu semasa yang berbangkit di lapangan insdustri. Teknik sesi pembelajaran 2 hala juga menarik perhatian saya untuk lebih fokus ketika belajar. Pengalaman yang tidak dapat dibeli adalah bila dapat berborak dengan otai-otai industri yang berada di sekitar Kemaman. Banyak ilmu dan manfaat yang telah dikongsi bersama.
Haziq
Diploma in Occupational Safety and Health
Saya memilih Ranaco kerana Ranaco antara institut yang terkenal dengan pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang yang dipilih seperti bidang OSH, bidang maritim dan sebagainya. Selain daripada itu, Ranaco juga menawarkan yuran kursus yang murah berbanding institut pengajian yang lain serta silibus yang diperakui oleh MQA. SAYA JUGA MEMILIH Ranaco kerana program OSH yang menjadi pilihan saya mendapat perakuan daripada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP).
Effa
Diploma in Occupational Safety and Health

Daftar Sekarang!